Tentera Zionis musnahkan paip saliran air minum penduduk Palestin

NABLUS, 25 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis memusnahkan paip saliran air minum penduduk Palestin di perkampungan Ras al-Ahmar di Lembah Jordan awal pagi tadi.

Sebanyak tujuh buah kenderaan tentera Zionis menyerbu Ras al-Ahmar bersama empat buah buldozer, memusnah paip air sebelum meratakan tanah dan membina laluan tentera. Mereka memusnahkan paip sepanjang 1,500 meter dan membina laluan sepanjang 2.5 kilometer, menghubungkan Ras al-Ahmar dan kawasan Msheibek yang telah diisytihar sebagai zon larangan tentera.

Ras al-Ahmar adalah salah satu daripada 180 perkampungan Palestin yang dimasukkan dalam Kawasan C – kawasan Tebing Barat yang dikawal penuh oleh tentera Zionis. Perkampungan ini juga diisytihar sebagai zon latihan menembak tentera Zionis.

(Maan, IMEMC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts