Tentera Zionis musnahkan pair saluran air di utara Tebing Barat

NABLUS, 8 Ogos 2016 (Maan) — Tentera Zionis pagi tadi memusnahkan sebahagian besar paip saluran utama air yang sedang dipasang di daerah Tubas di utara Tebing Barat.

Mereka memusnahkan sama sekali paip saluran sepanjang empat kilometer di antara bandar Tubas dan perkampungan Yarza. Manakala sebahagian besar daripada saluran sepanjang sembilan kilometer yang menghubungkan Yarza dan perkampungan al-Malih dimusnahkan dan juga dirampas.

Projek pemasangan paip yang ditaja oleh pertubuhan Action Against Hunger itu bermula sejak empat bulan lalu, bagi membekal air bersih kepada masyarakat Badwi.

Tindakan rejim Zionis ini bertujuan untuk memberi tekanan kepada penduduk Palestin supaya meninggalkan kawasan tersebut.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Amnesty International, hampir 200,000 penduduk Palestin di Tebing Barat tidak mendapat bekalan air paip.

50% daripada sumber air Palestin disalurkan ke kawasan penempatan haram Yahudi, terutamanya di musim panas. Secara purata, seorang pendatang Yahudi menggunakan air sebanyak 300 liter sehari, sedangkan seorang penduduk Palestin di Tebing Barat hanya mendapat 70 liter. WHO menyarankan kadar minimum bekalan harian air harian adalah sebanyak 100 liter.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts