Tentera Zionis musnahkan rumah, 13 hilang tempat tinggal

BAITULMAQDIS, 20 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini memusnahkan sebuah rumah keluarga Arab Badwi di Jabal al-Baba, di timur Baitulmaqdis, dan menculik seorang pemuda dari kawasan tersebut.

Pasukan tentera mengiringi pekerja-pekerja pentadbiran awam Zionis meroboh rumah keluarga Hani Abu Aweida itu tanpa sebarang amaran awal, atas alasan dibina tanpa kebenaran.

Seramai 13 ahli keluarga beliau kini kehilangan tempat tinggal. Rumah mereka dibina hasil bantuan dana dari Eropah.

Pada masa yang sama, pemuda Ghassan al-Jahaleen diculik oleh tentera Zionis sejurus selepas mereka berundur dari Jabal al-Baba.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts