Tentera Zionis musnahkan rumah dan bangsal keluarga Palestin di Yatta

AL-KHALIL, 14 Ogos 2017 — Tentera penjajah Zionis memusnahkan bangunan rumah dan bangsal pertanian milik keluarga Hadhalin di kawasan Zawain di selatan bandar Yatta, al-Khalil tengahari tadi.

Ketika tentera dan pasukan buldozer Zionis menyerbu kawasan tersebut, segerombolan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Karmiel membuat provokasi dan menyerang ahli-ahli keluarga Hadhalin, dengan dikawal oleh tentera Zionis.

Tentera Zionis turut meratakan tanah kebun anggur milik petani Palestin untuk meluaskan kawasan penempatan haram Maon.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts