Tentera Zionis musnahkan rumah dan kebun keluarga Badwi di Gurun Naqab

GURUN NAQAB, 7 Dis 2016 (Maan) — Tentera penjajah Zionis memusnahkan dua buah rumah keluarga Badwi di perkampungan Atir dan Sawah serta meratakan sebidang tanah kebun di perkampungan Maulida di Gurun Naqab pagi tadi.

Sawah dan Atir merupakan antara 35 buah perkampungan Badwi Palestin di kawasan Gurun Naqab, dengan jumlah penduduk kira-kira 160,000 orang, yang tidak diiktiraf oleh rejim Zionis.

Penduduk Badwi ini diiktiraf sebagai warganegara Zionis, namun pihak rejim merancang untuk memindah mereka secara paksa bagi membina sebuah bandar khusus untuk pendatang Yahudi di kawasan perkampungan terbabit. Mereka dinafikan kemudahan asas, termasuk bekalan air dan elektrik serta kemudahan pendidikan dan kesihatan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts