Tentera Zionis musnahkan rumah keluarga Maswada

AL-KHALIL, 31 Mac 2016 (PIC) — Tentera Zionis lewat malam tadi memusnahkan sebahagian daripada bangunan rumah keluarga Maswada yang didakwa menikam pendatang Yahudi Disember lalu.

Semua laluan masuk ke kawasan Jabal al-Sharif di al-Khalil ditutup dan sepasukan besar tentera dikerahkan ke rumah Ihab Fathi Maswada dan juga Abd al-Rahman Yusri Maswada.

Ihad Maswada dibunuh pada 7 Disember lalu apabila beliau menikam seorang pendatang Yahudi berdekatan sekatan Abu al-Rish di selatan al-Khalil. Manakala saudara beliau Abd al-Rahman dibunuh pada 9 Disember setelah menikam dua orang Yahudi di Jalan Shuhada.

Tentera Zionis hanya memberi tempoh selama 10 minit kepada ahli keluarga Ihab untuk mengosongkan rumah mereka sebelum mula memecahkan dinding-dinding rumah. Ibu Ihad mendakwa tentera melepaskan tembakan grenad pelali ke dalam rumah dan kemudian meninggalkan rumah tersebut sambil tertawa.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts