Tentera Zionis musnahkan tanah perkuburan syuhada di al-Quds

AL-QUDS, 11 Sep 2017 — Tentera Zionis hari ini memusnahkan kawasan barat tanah perkuburan al-Syuhadaa bersebelahan tembok bersejarah kota al-Quds di Pintu al-Asbat.

Mereka telah meruntuhkan tembok serta meratakan tanah, termasuk tempat bersemadinya 400 orang syuhada yang gugur dalam pertempuran al-Quds pada tahun 1967.

Rejim Zionis merancang untuk membina sebuah taman Talmud di kawasan tembok bersejarah al-Quds, bagi tujuan menghapuskan identiti Arab dan Islam di kota suci itu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts