Tentera Zionis musnahkan tempat tinggal, bangsal ternakan Badwi

JERICHO, 9 Mei 2017 (Maan) — Tentera Zionis memusnahkan dua buah pondok tempat tinggal dan dua bangsal ternakan masyarakat Badwi di perkampungan Jiftlik di tengah Lembah Jordan pagi tadi.

Tentera sering melancarkan kempen meroboh rumah di desa-desa Badwi di Lembah Jordan bagi memaksa mereka meninggalkan kawasan tersebut untuk memberi laluan kepada pembinaan penempatan haram Yahudi.

Rejim Zionis mendakwa rumah dan bangsal terbabit terletak dalam “zon menembak”. Bagaimanapun beberapa kumpulan hak asasi berkata zon latihan tentera yang dikenali sebagai “zon menembak” digunakan sebagai alasan untuk merampas tanah di Tebing Barat.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts