Tentera Zionis musnahkan tempat ujian Covid-19 di Tebing Barat

JENIN, 20 Julai 2020 — Tentera penjajah Zionis memusnahkan sebuah sekatan yang dibina oleh pasukan keselamatan Palestin di laluan masuk ke kota Jenin bagi tujuan menjalankan ujian Covid-19.

Mereka mencuik dua penduduk selepas memusnahkan pusat ujian tersebut. Tentera turut menggempur masuk kem pelarian Jenin untuk menangkap aktivis, di mana salah seorang mangsa ditembak di bahagian kakinya.

Sebanyak 468 kes positif dan tiga kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di seluruh wilayah Tebing Barat dalam tempoh 24 jam lalu. Kes aktif Covid-19 di Tebing Barat kini meningkat kepada 8,360 orang di mana 40 orang ditempatkan dalam unit rawatan rapi.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts