Tentera Zionis paksa keluarga Palestin jadikan kereta mereka sebagai perisai serangan

AL-KHALIL, 5 Mac 2018 — Pertubuhan hak asasi B’Tselem mendedahkan rakaman video yang menunjukkan tentera penjajah Zionis memaksa keluarga al-Ja’bri menjadikan kereta mereka sebagai perisai daripada serangan sekumpulan pemuda Palestin di al-Khalil bulan lalu.

Dalam kejadian pada 16 Februari itu, kumpulan pemuda Palestin bertempur dengan tentera ketika membantah perarakan pendatang Yahudi di al-Khalil.

Penduduk Palestin, Hani al-Ja’bri, yang sedang memandu pulang ke rumah bersama empat anak lelakinya selepas solat Jumaat, dipaksa oleh tentera Zionis memandu keretanya ke Jalan al-Shalala, iaitu lokasi pertempuran tersebut.

Beliau kemudian dipaksa memakir keretanya di situ, sebelum merampas kunci dan memaksa semua penumpang keluar, untuk dijadikan perisai dari serangan batu.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts