AL-KHALIL, 12 Apr 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis tengahari tadi memaksa semua peniaga Palestin di Jalan Beer Sheva di kota al-Khalil menutup kedai mereka atas alasan perayaan Paskah Yahudi.
Sekatan tentera yang ketat dikenakan di semua jalan masuk ke kota tersebut dan bandar-bandar berdekatan bagi memberi perlindungan kepada pendatang Yahudi yang akan berarak sempena hari kedua perayaan mereka.
Sekatan tentera turut dipasang di laluan masuk di selatan dan barat wilayah al-Khalil, di mana semua kenderaan disekat dan diperiksa.