Tentera Zionis pecah masuk rumah dan serang penduduk di Jenin, Tulkarem

JENIN, 9 Okt 2016 (PIC) — Beberapa orang penduduk Palestin cedera dalam pertempuran awal pagi tadi apabila tentera Zionis menceroboh masuk bandar Zabouba di barat Jenin, dengan menutup laluan masuk utama sebelum memecah masuk rumah penduduk.

Ramai penduduk yang berada di dalam dan juga di luar rumah tercedera diserang dengan gas pemedih mata.

Tentera turut menangkap bekas tahanan Saleh Najeh Kmeil selepas memecah masuk rumah beliau di bandar Qabatiya di selatan Jenin.

Pada masa yang sama 15 buah jip tentera Zionis mengepung bandar Utail di Tulkarem sebelum menyerang para penduduk dengan tembakan peluru hidup dan grenad pelali.

Ramai penduduk ditahan untuk disoal siasat selepas tentera memecah masuk rumah mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts