AL-QUDS, 23 Ogos 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menangkap anak lelaki seorang pakar dalam hal ehwal al-Quds, Jamal Amr, setelah memecah masuk rumahnya serta rumah anaknya di al-Quds malam tadi.
Radwan Amr, anak kepada Jamal, membuat kenyataan melalui laman Facebook beliau bahawa sekumpulan besar pasukan khas tentera Zionis menyerbu masuk kejiranan al-Thawri dan memecah masuk rumahnya serta rumah bapanya, yang merupakan ketua Jabatan Manuskrip Masjid al-Aqsa, kemudian menangkap abangnya Safwan.