Tentera Zionis pecah masuk rumah, serang penduduk di Tebing Barat

JENIN, 30 Mei 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis memecah masuk rumah dan menyerang penduduk Palestin di beberapa wilayah di Tebing Barat awal pagi tadi.

Di Jenin, seorang penduduk diculik dari rumahnya yang terpencil oleh Tembok Pemisah di bandar al-Barta’a ash-Sharqiya. Puluhan orang askar turut menyerbu desa Abdullah al-Younis di bandar tersebut, di mana mereka menyerang sebuah keluarga dan menangkap remaja Ali Kabha, 17.

Dalam kejadian di Tulkarem, seorang askar Zionis memecah masuk ke dalam rumah Ziyad Hamdan di bandar Bal’ah dan menyerang keluarganya sambil mendesak supaya menyerahkan anak lelaki beliau, Mohamed. Rumah beliau telah beberapa kali digeledah sejak awal Ramadan.

Di timur laut Nablus, sekumpulan besar tentera menyerbu bandar Ayn Shibli dan memecah masuk rumah untuk menyoal siasat keluarga Palestin tanpa memberi sebarang alasan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts