Tentera Zionis, pelampau Yahudi serbu Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 19 Feb 2019 — Puluhan anggota bersenjata Zionis dan pelampau Yahudi menyerbu masuk Masjid al-Aqsa dan berkumpul di sekitar Pintu al-Rahma pagi tadi.

Polis Zionis dilaporkan membuka kunci pagar masuk ke bangunan Pintu al-Rahma dan mengepung kawasan tersebut.

Isnin lalu, pemuda-pemuda Palestin berjaya menanggalkan rantai dan kunci pagar yang dipasang oleh polis Zionis. Sebilangan ahli jemaah ditangkap dalam pertempuran di lokasi tersebut, termasuk imam Raed B’ana, dan diharamkan memasuki perkarangan tapak suci selama dua minggu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts