Tentera Zionis, pelampau Yahudi serbu tapak arkeologi di al-Khalil

AL-KHALIL, 19 Sep 2018 — Puluhan anggota tentera Zionis dan pelampau Yahudi hari ini menyerbu tapak arkeologi Haram er-Rama di kota al-Khalil untuk melakukan ritual Talmud.

Pihak tentera menutup semua laluan menuju ke tapak tersebut, sementara pelampau-pelampau Yahudi melakukan ritual dengan menari-nari dan melaungkan slogan perkauman anti-Arab dan Palestin.

Sebahagian peniaga Palestin menutup kedai-kedai mereka kerana bimbang diserang oleh pelampau-pelampau Yahudi.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts