Tentera Zionis, pendatang Yahudi serang pelajar sekolah

NABLUS, 18 Apr 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini menyerang para pelajar yang pulang dari sekolah di Nablus dengan gas lada pemedih mata, sementara gerombolan pendatang Yahudi memukul dan mencaci pelajar di kota al-Khalil.

Beberapa pelajar yang baharu keluar dari sekolah di bandar Lubban di selatan Nablus mengalami sesak nafas, termasuk seorang yang terpaksa dikejarkan ke hospital, selepas diserang dengan semburan gas lada pemedih mata oleh pasukan tentera Zionis.

Serangan juga dilakukan di beberapa lokasi lain di bandar Lubban, kononnya kerana peningkatan serangan membaling batu di kawasan tersebut.

Sementara itu kanak-kanak sekolah di Harah Salayimah di Kota Lama al-Khalil dipukul ketika mereka berjalan pulang ke rumah-rumah mereka, serta dimaki hamun oleh gerombolan pendatang Yahudi.

Tentera Zionis yang berada di tempat kejadian hanya memerhati tindakan jahat para pendatang.

(PIC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts