Tentera Zionis perkenal senjata baharu untuk serang peserta GRM

GAZA, 1 Apr 2019 — Tentera penjajah Zionis memperkenalkan satu senjata baharu untuk menyerang dan menyurai peserta perhimpunan aman Great Return March (GRM) di sempadan Gaza, dengan menggunakan gelombang radio bagi membentuk bunyi gegaran umpama letupan bom.

Senjata yang dicipta sendiri oleh rejim Zionis itu bukanlah suatu yang boleh membunuh, tetapi telah membuktikan keberkesanannya yang tinggi, ketika mereka menyerang peserta ulangtahun pertama GRM Sabtu lalu.

Dalam serangan tersebut, empat penduduk Gaza telah terbunuh dan 316 yang lain tercedera.

Sejak bermulanya GRM pada 30 Mac 2018, tenetra Zionibs telah membunuh 280 penduduk Gaza dan mencederakan lebih 30,000 yang lain.

(MEMO)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts