Tentera Zionis pertingkat kempen meroboh rumah di al-Quds

AL-QUDS, 12 Julai 2017 (IMEMC) — Pasukan khas tentera mengiringi pekerja perbandaran Zionis yang lengkap dengan beberapa buah buldozer meroboh sebuah rumah keluarga Palestin dan sebuah bangunan kedai di kota al-Quds pagi tadi, atas alasan dibina tanpa kebenaran.

Pasukan tersebut menyerbu kejiranan al-Sal’a di bandar Jabal al-Mukabir di selatan al-Quds untuk mengepung rumah milik Mousa Abeidat, dan kemudian memusnahkannya. Mousa dilaporkan terkejut melihat pasukan tersebut meroboh rumahnya yang seluas 200 meter persegi itu tanpa sebarang amaran.

Seorang remaja, Ali Ziad Odah, cedera ditembak dengan peluru getah di bahagian kakinya dan kemudian ditangkap ketika membantah tindakan rejim.

Pada masa yang sama, sebuah bangunan kedai termasuk bengkel mencuci kereta dan setor di bandar Silwan, di selatan Masjid al-Aqsa, turut diroboh.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts