Tentera Zionis potong bekalan air ke sekolah di Nablus

NABLUS, 5 Sep 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini memotong satu-satunya saliran bekalan air ke sebuah sekolah Palestin dan penduduk sekitarnya di perkampungan Faroush Beit Dajan, timur wilayah Ramallah.

Seramai 1,200 penduduk Palestin tinggal di Faroush Beit Dajan, di mana kebanyakan mereka bergantung kepada usaha pertanian dan ternakan sebagai sumber pendapatan utama.

Beberapa bulan lalu, tentera Zionis memotong bekalan air ke perkampungan tersebut untuk memaksa penduduknya keluar. Rejim Zionis mengawal sepenuhnya sumber air semulajadi di Tebing Barat.

(PIC, IMEMC, Alray)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts