BEIT LAHM, 25 Nov (Maan) — Tentera Zionis menangkap dan memukul empat pemuda Palestin dalam usaha memaksa mereka mengaku bersalah mencetuskan kebakaran besar yang melanda sejak Selasa lalu.
Namun pihak rejim terpaksa membebaskan mereka kerana tidak mempunyai sebarang bukti yang boleh mengaitkan mangsa dengan tuduhan palsu itu.
Media Zionis bagaimanapun mengambil kesempatan daripada penangkapan mereka dengan menyebarkan teori bahawa kebakaran berpunca daripada tindakan penduduk Palestin.