Tentera Zionis rampas 12 hektar tanah di Beit Lahm

BEIT LAHM, 17 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis merampas 12 hektar tanah bukit milik sebilangan penduduk Palestin di bandar al-Khader di selatan Beit Lahm.

Tentera Zionis meninggalkan notis di atas tanah di kawasan Jabal Zakandah itu, memaklumkan bahawa pemilik tanah diberi tempoh selama 45 hari untuk membantah rampasan tersebut. Bantahan bertulis perlu diserahkan kepada Jawatankuasa Rayuan Tentera Zionis di Ofer.

Rampasan tersebut bertujuan untuk meluaskan kawasan penempatan haram Yahudi di selatan Beit Lahm.

(WAFA, PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts