Tentera Zionis rampas 2 buah bas Palestin

NABLUS, 7 Sep 2017 — Tentera Zionis merampas dua buah bas milik al-Tamimi Public Transportation Company di sekatan Hawara, ketika dipandu menuju ke selatan Nablus pagi tadi.

Pihak tentera menyoal siasat pemandu-pemandu bas, sebelum membawa bas-bas tersebut ke kem tentera Hawara.

Beberapa minggu sebelum ini, tentera Zionis merampas dua buah bas milik syarikat tersebut atas dakwaan digunakan untuk membawa pelajar dan orang awam secara percuma menuju ke kawasan-kawasan sekatan tentera dan tempat tercetusnya pertempuran.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts