Tentera Zionis rampas arang keluaran kilang Palestin di Ya’bad

JENIN, 26 Sep 2017 — Tentera penjajah Zionis tengahari semalam merapas sebuah lori yang membawa tiga tan arang keluaran kilang Palestin di bandar Ya’bad, selatan Jenin, dan membawanya ke pengkalan tentera Salem.

Rampasan tersebut dibuat atas arahan komander tentera Zionis di wilayah Jenin, yang sebelum ini mengugut untuk menutup pengeluaran arang di Ya’bad.

Industri arang adalah satu-satunya sumber pendapatan bagi sebilangan besar keluarga Palestin di bandar Ya’bad.

Ogos lalu, tentera Zionis merampas 20 tan kayu milik tiga buah kilang arang di Ya’bad, mendakwa bahawa industri tersebut mencemar alam sekitar dan mengganggu pendatang Yahudi yang tinggal berdekatan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts