Tentera Zionis rampas bahan pembinaan di al-Khalil

AL-KHALIL, 5 Jan 2016 (Maan) — Tentera Zionis semalam merampas bahan pembinaan milik majlis bandaran al-Dhahiriya yang digunakan untuk membina jalan di kawasan tanah pertanian Palestin.

Jalan pertanian tersebut sedang dibina dengan kerjasama pertubuhan bantuan antarabangsa Action Against Hunger.

Tentera penjajah Zionis juga mengeluarkan notis arahan dihentikan kerja atas alasan jalan-jalan terbabit dibina tanpa kebenaran.

Tidak seperti pendatang haram Yahudi, penduduk asal Palestin dipaksa membayar yuran yang tidak munasabah untuk mendapatkan kebenaran pembinaan. Lazimnya penduduk Palestin tidak mempunyai pilihan kecuali membuat pembinaan tanpa kebenaran kerana kelulusan pembinaan bagi mereka adalah suatu yang hampir mustahil untuk diperolehi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts