Tentera Zionis rampas dana untuk bina rumah keluarga tahanan di al-Khalil

BEIT LAHM, 14 Sep 2017 — Tentera penjajah Zionis hari ini mengesahkan mereka telah merampas dana sejumlah US$13,500 yang dikumpul bagi membina semula rumah keluarga tahanan Murad Badr Ideis di bandar Yatta, wilayah al-Khalil.

Tentera Zionis mendakwa dana tersebut adalah sumbangan Hamas.

Pada bulan November tahun lalu, Murad telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan menikam mati seorang pendatang Yahudi di pos penempatan haram Otneil, ketika masih beliau berumur 15 tahun.

Rumah keluarga Murad dimusnahkan susulan kejadian tersebut. Keluarga beliau turut dipaksa membayar pampasan sejumlah $US458,875.

(PNN, MEMO)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts