Ringkasan

Tentera Zionis rampas Jabal al-Firdis

BEIT LAHM, 14 Julai 2020 — Tentera penjajah Zionis hari ini merampas Jabal al-Firdis di timur Beit Lahm, selepas menutup kawasan sekitar dan memisahkannya dari bandar Beit Ta’mir.

Kawasan sekitar sekitar Jabal al-Firdis dikepung dengan kawat berduri dan laluan ke kawasan tapak warisan Palestin itu ditutup dengan pintu pagar.

Jabal al-Firdis terletak 10 kilometer dari Beit Lahm Timur. Ia berketinggian 758 meter dari paras laut, menghadap Beit Lahm, kota Baitulmaqdis, Laut Mati dan Gunung Yudea. Terdapat banyak binaan bersejarah di situ, antaranya kubu Herodion yang dibina oleh Raja Herod pada tahun 40BC.

Rejim Zionis cuba merampas tapak-tapak warisan Palestin sebagai langkah membuktikan kewujudan sejarah Yahudi di bumi tersebut.

(Palinfo, WAFA)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts