Tentera Zionis rampas jalan pertanian di Qaryut untuk diserah kepada pendatang Yahudi

NABLUS, 6 Sep 2016 (PIC) — Pihak pentadbiran awam tentera Zionis semalam memutuskan untuk merampas sebatang jalan pertanian yang digunakan oleh penduduk Palestin di perkampungan Qaryut di selatan Nablus, untuk diserahkan bagi kegunaan pendatang Yahudi.

Jalan tersebut merupakan satu-satunya laluan menuju ke tanah kebun milik penduduk Qaryut.

Tentera Zionis akan turut merampas tanah di sekitar jalan yang terletak di selatan perkampungan tersebut bagi membina jalan yang menghubungkan kawasan penempatan haram Eli dan Shilo.

Tindakan tersebut akan memisahkan tanah perkampungan Palestin itu dan memaksa penduduknya meninggalkan kawasan terbabit.

Menurut perancangan Zionis, seluruh kawasan jalan di selatan Qaryut akan ditutup dan dijadikan laluan khusus untuk penunggang basikal, pelancng dan kenderaan tentera.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts