Tentera Zionis rampas kapal al-Awda, tahan semua aktivis

LONDON, 29 Julai 2018 — Tentera laut Zionis menyerang dan merampas empat buah kapal Freedom Flotilla, termasuk kapal utama al-Awda, yang sedang belayar di laut antarabangsa Mediterranean kira-kira 70 batu nautikal dari perairan Gaza pagi tadi.

Kapal-kapal terbabit diheret ke pelabuhan Ashdod dan semua aktivis ditangkap oleh tentera laut Zionis.

Kenyataan The International Committee for Breaking the Siege on Gaza yang berpengkalan di London mengesahkan kejadian tersebut, dengan mendesak pertubuhan-pertubuhan hak asasi antarabangsa supaya memastikan semua aktivis selamat, dan membawa ubat-ubatan serta peralatan perubatan yang dibawa dalam kapal-pakal terbabit masuk ke Gaza.

Seramai 46 aktivis dari 15 negara termasuk jurnalis dari al-Jazeera dan Press TV menyertai pelayaran tersebut. Aktivis dari Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), Dr. Mohd Afandi Salleh, turut menyertai misi.

(PIC, IMEMC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts