Tentera Zionis rampas kemah-kemah sekolah yang telah dimusnahkan

AL-KHALIL, 16 Apr 2018 — Tentera penjajah Zionis malam tadi menyerbu desa Zanuta di selatan bandar al-Dahariya, al-Khalil, dan meroboh semua kemah-kemah sementara yang diguna sebagai bilik darjah selepas bangunan sekolah itu diroboh dua hari lalu.

Pihak tentera merampas kemah-kemah dan memaksa para pelajar serta guru meninggalkan kawasan tersebut.

Seramai 43 kanak-kanak Badwi belajar di situ.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts