Tentera Zionis rampas kemah yang digunakan sebagai bilik darjah anak-anak Badwi

AL-QUDS, 6 Okt 2016 (Maan) — Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kamusiaan PBB (OCHA) hari ini melaporkan bahawa tentera Zionis telah merampas sebuah kemah yang digunakan sebagai bilik darjah di sebuah sekolah di Abu Nawwar pada hari Selasa lalu.

Tindakan yang sama ke atas bilik darjah bagi 15 pelajar anak Badwi itu telah dilakukan oleh tentera Zionis pada bulan lalu. Sekolah yang didanai oleh Suruhanjaya Eropah itu tersebut dibuat menggunakan kayu dan zink.

Rejim Zionis berusaha mengusir masyarakat Badwi keluar dari kawasan tersebut, yang dikategori sebagai Koridor E1, untuk membina rumah bagi pendatang Yahudi sekaligus menghubungkan kawasan penempatan haram Maale Adumim dengan al-Quds Timur.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts