Tentera Zionis rampas kenderaan petani Palestin di Lembah Jordan

TUBAS, 16 Jan 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis merampas dua buah traktor dan sebuah trak milik petani Palestin di timur Tubas, utara Lembah Jordan.

Pasukan pentadbiran awam dan tentera Zionis menyerbu desa Abziq serta kawasan berdekatan desa Irza dan merampas dua buah traktor milik petani Methqal Naghnaghiya dan Nimer al-Hourob. Tentera turut merampas sebuah trak milik Hussein Mesa’eed.

Semua kenderaan yang dirampas dibawa ke kem tentera Nahel Oz berdekatan kawasan Hamamat el-Malih.

Tentera Zionis merampas kenderaan dan peralatan pertanian untuk memberi tekanan ke ats petani Palestin supaya meninggaljan rumah dan tanah mereka.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts