Tentera Zionis rampas peralatan petani Palestin di Tubas

TUBAS, 17 Apr 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis pagi tadi merampas sebuah traktor dari sebuah ladang milik petani Palestin, Nasser Daraghma, di bandar Tamoun di utara Tebing Barat.

Insiden tersebut merupakan rampasan kali ketiga sejak beberapa hari kebelakangan ini, di mana tentera terus menekan petani Palestin di kawasan al-Ras al-Ahmar di utara Lembah Jordan untuk memaksa mereka keluar meninggalkan kawasan tersebut.

Tentera Zionis sering merampas traktor dan tangki air dari kawasan itu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts