Tentera Zionis Rampas Rumah, Dijadikan Barak

barakBETHLEHEM, 4 Nov 2015 (Maan) — Tentera Zionis menyerang sebuah rumah penduduk Palestin di perkampungan al-Maniya di Bethlehem dan kemudian menjadikannya sebagai sebuah barak tentera.

Pemilik rumah tersebut, Muhammad Froukh memberitahu bahawa tentera menyerang rumahnya dan mengusir ahli keluarganya keluar. Mereka melepaskan tembakan gas pemedih mata, peluru getah dan juga peluru hidup ke arah penduduk Palestin yang bertempur menghalang serangan ke atas rumah beliau.

Adalah satu kebiasaan bagi tentera Zionis merampas kawasan bumbung rumah, dan juga keseluruhan kawasan rumah, untuk dijadikan pusat atau pengkalan operasi untuk menyerang penduduk Palestin.

Beberapa minggu lalu, tentera membina pengkalan sementara di kawasan Universiti Teknikal Palestin di Tulkarem apabila pertempuran di universiti tersebut semakin menular.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts