AL-KHALIL, 10 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis merampas tanah milik penduduk Palestin di Wadi al-Haseen di timur wilayah al-Khalil Ahad lalu, dan menjadikannya sebagai sebuah pengkalan mereka.
Tanah milik Mahmoud al-Bouti itu terletak di antara Masjid Ibrahimi dan kawasan penempatan haram Kiryat Arba.
Sebelumnya, tentera Zionis membina karavan dan rumah sementara berdekatan sebuah lagi kem mereka di Wadi al-Haseen. Penduduk Palestin bimbang tindakan tersebut merupakan langkah Zionis membina penempatan haram baharu di atas tanah mereka.
(PIC)