Tentera Zionis rampas tanah penduduk Palestin di Sur Baher

BAITULMAQDIS, 30 Jul 2019 — Tentera penjajah Zionis hari ini menceroboh masuk bandar Sur Baher di timur Baitulmaqdis dan merampas beberapa bidang tanah milik penduduk Palestin, kononnya untuk digunakan oleh Majlis Tempatan bagi “kemudahan awam”.

Puluhan anggota tentera mengiringi pegawai-pegawai Majlis Tempatan Zionis untuk merampas tanah seluas 0.5 hektar dan 200 meter persegi milik Omar Ahmad Dabash. Mereka turut merampas tanah milik Yasser Ali Dweiyat seluas 0.4 hektar. Rejim Zionis sebelum ini menghalang pemilik tanah membuat sebarang pembinaan atau usaha pertanian di atas tanah terbabit.

Tanah-tanah terbabit terletak berdekatan kawasan penempatan haram Talpiot, yang dibina di atas tanah yang dirampas dari penduduk Sur Baher. Rejim Zionis merancang untuk membina sebuah balai polis, tadika khusus untuk anak-anak pendatang Yahudi dan sebuah pusat aktiviti awam.

Minggu lalu, tentera Zionis menjalankan operasi besar-besaran memusnahkan rumah-rumah penduduk Palestin di Sur Baher.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts