BAYT LAHM 10 Jan 2016 (Maan) — Tentera Zionis merampas 2.5 dunam (0.6 ekar) tanah penduduk Palestin di perkampungan Tuqu di Bayt Lahm untuk dijadikan tapak pembinaan sebuah menara kawalan tentera.
Menurut pemilik tanah, Issa Froukh, tentera telah menjalankan kerja merata tanah dan menurap simen di tapak tersebut sejak Rabu lalu.
Bulan lalu, tentera penjajah Zionis meratakan sebidang tanah milik penduduk Palestin di kawasan kejiranan Wadi Sair di al-Khalil, juga untuk membina sebuah menara kawalan tentera. Menara yang akan dibina berdekatan penempatan haram Yahudi Asfar, yang juga dibina di atas tanah perkampungan Sair, akan lebih mengekang pergerakan penduduk Palestin yang sebelum ini sudahpun terpaksa melalui ratusan sekatan pemeriksaan tentera.