Tentera Zionis rancang ambil alih kawalan keselamatan di Baitulmaqdis Timur

BAITULMAQDIS, 18 Jan 2018 — Tentera penjajah Zionis merancang untuk mengambil alih sepenuhnya kawalan keselamatan dan ketenteraan di beberapa kawasan kejiranan di luar Tembok Pemisah di Baitulmaqdis Timur, melibatkan kem pelarian Shu’fat dan perkampungan Kafr Aqeb.

Sekitar 150,000 penduduk Palestin tinggal di kawasan terbabit, di mana sebahagian daripada mereka adalah pemegang kad pengenalan Zionis. Kawasan ini adalah di bawah pihak berkuasa tempatan Baitulmaqdis tetapi terasing dari kota suci itu oleh Tembok Pemisah Zionis.

Rancangan tersebut dibuat berikutan kegagalan pasukan polis Zionis menangani pertempuran harian dengan pemuda Palestin yang semakin meningkat susulan pengumuman Baitulmaqdis sebagai ibukota negara haram Zionis.

(IMEMC, PNN)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts