Tentera Zionis ratakan kawasan perkampungan Palestin di Gurun Naqab, penduduk cedera

GURUN NAQAB, 1 Ogos 2016 (PIC) — Sekumpulan besar tentera Zionis yang lengkap dengan buldozer dan jentera berat menceroboh masuk perkampungan Um al-Hairan di Gurun Naqab dan meratakan tanah di situ.

Penduduk yang cuba menghalang tindakan tentera Zionis itu dilaporkan mengalami kecederaan, sementara beberapa yang lain termasuk wanita dan kanak-kanak ditangkap.

Rejim Zionis meroboh rumah penduduk berikutan kelulusan projek pembinaan sebuah penempatan haram Yahudi di situ, menyebabkan lebih 1,000 penduduk Palestin kehilangan tempat tinggal.

Mahkamah Zionis sebelum ini menolak rayuan yang difailkan oleh penduduk bagi menghalang rumah mereka dirobohkan dan merayu mereka tidak dihalau keluar dari perkampungan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts