Tentera Zionis ratakan kebun Palestin di Jenin untuk bina jalan dan tembok

JENIN, 30 Jun 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis hari ini memusnahkan tanaman serta meratakan tanah kebun zaitun dan tembakau seluas 2 hektar di perkampungan Daher al-Maleh, yang terpinggir di belakang Tembok Pemisah di utara bandar Yabad di wilayah Jenin, untuk membina sebatang jalan dan tembok tambahan.

Jalan tersebut bakal menghubungkan kawasan penempatan haram Shaked dengan Tal Menashe serta Hananit.

Dengan pembinaan ini, penduduk Dahek al-Maleh tidak mempuyai laluan untuk memasuki kebun di utara perkampungan mereka. Bahkan rejim Zionis cuba untuk meratakan tanah perkuburan di situ. Apabila tembok baharu siap, lebih 100 hektar tanah milik persendirian penduduk Palestin dari Yabad dan perkampungan Nazlet Sheikh Zaid akan dirampas.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts