Tentera Zionis ratakan tanah penduduk Palestin di Lembah Jordan

TUBAS, 19 Jun 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini meratakan tanah milik penduduk Palestin di Lembah Jordan tanpa memberi sebarang alasan.

Mereka meratakan tanah seluas lebih 4 hektar, yang terletak berdekatan kawasan penempatan haram Hamdat. Penduduk terbabit mempunyai dokumen pemilikan tanah yang sah.

(PIC, IMEMC, WAFA)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts