Tentera Zionis rekrut unit rahsia khusus untuk operasi balas dendam

NABLUS, 18 Jan 2018 — Polis tentera Zionis telah mendedahkan usaha merekrut anggota-anggota tentera menyertai satu unit khas bersifat rahsia bagi menjalankan operasi membalas dendam ke atas penduduk Palestin, susulan insiden pembunuhan seorang rabai Yahudi.

Rabai Rabbi Raziel Shevach mati ditembak oleh kumpulan yang tidak dikenali ketika memandu di laluan masuk penempatan haram Havat Gilad minggu lalu.

Selepas insiden tersebut, tentera Zionis menyerbu perkampungan-perkampungan dan menghalang pergerakan penduduk Palestin di wilayah Nablus.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts