Tentera Zionis roboh 11 rumah Badwi di al-Quds, 28 hilang tempat tinggal

RAMALLAH, 29 Ogos 2016 (Maan) — Tentera Zionis merobohkan lapan buah struktur bangunan serta kemah yang dijadikan rumah dan kandang ternakan masyarakat Badwi di Maazi Jaba, dalam Zon E1 di wilayah al-Quds pagi tadi. Penduduk juga dipaksa meroboh sendiri tiga lagi struktur bangunan.

Pejabat PBB bagi Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mengesahkan lima bangunan yang dijadikan tempat tinggal, satu bangsal ternakan dan dua buah dapur luar rumah telah dimusnahkan. 28 orang termasuk 18 kanak-kanak kehilangan tempat berteduh.

Penduduk dipaksa meroboh sendiri tiga lagi struktur bangunan, iaitu dua buah bangsal ternakan dan sebuah kemah yang digunakan sebagai ruang menyambut tetamu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts