Tentera Zionis roboh 15 rumah keluarga Badwi di Gurun Naqab

GURUN NAQAB, 9 Okt 2016 (Alray) — Tentera Zionis memusnahkan 15 buah rumah milik keluarga Abu Murayhil dan kandang ternakan serta pokok-pokok di barat perkampungan Badwi Bir Hadaj, di Gurun Naqab tengahari tadi.

Sepasukan besar tentera mengepung kawasan tersebut sebelum membawa masuk buldozer dan meroboh rumah-rumah.

Tidak ada alasan diberikan di atas tindakan itu, namun penduduk mendakwa rejim Zionis cuba menghalau mereka keluar dari kawasan tersebut.

Bir Hadaj adalah salah satu perkampungan Badwi di Gurun Naqab yang “tidak diiktiraf” oleh rejim Zionis.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts