Tentera Zionis roboh 2 buah bangunan apartmen di Beit Jala

BEIT LAHM, 29 Jan 2018 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi meroboh dua buah bangunan apartmen yang sedang dibina di kawasan Bir Ouna di Beit Jala, barat wilayah Beit Lahm.

Tentera dilaporkan mengepung kawasan terbabit sebelum membawa masuk lima buah jentera dan meroboh bangunan-bangunan milik keluarga Walid Zereina dan Issa Awad itu, atas alasan dibina tanpa kebenaran.

Kawasan Bir Aouna dan perkampungan al-Walaja, yang terletak bersebelahan sempadan selatan kota Baitulmaqdis, diancam dengan kempen secara sistematik bagi meroboh rumah dan memaksa penduduk Palestin keluar, untuk membina kawasan penempatan khusus bagi pendatang Yahudi.

(MEMO, PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts