AL-QUDS, 21 Ogos 2017 — Pasukan polis mengiringi pekerja Zionis meroboh sebuah bangunan tadika di kawasan penduduk Badwi Jabal al-Baba di pinggir bandar Alezariya, tenggara kota al-Quds yang terjajah, atas alasan ianya dibina tanpa kebenaran.
Mereka turut merampas semua peralatan dari tadika tersebut.
Pada masa yang sama pegawai-pegawai pentadbiran awam Zionis menyerah notis perobohan beberapa buah rumah masyarakat Badwi di situ.
Rejim Zionis cuba menguasai Jabal al-Baba dengan memaksa penduduknya keluar.
(Maan)