Tentera Zionis roboh dan rampas kemah kediaman di al-Khalil

AL-KHALIL, 12 Ogos 2020 — Tentera penjajah Zionis semalam meroboh dan merampas dua buah kemah kediaman keluarga Palestin di perkampungan al-Fakheet, Khirbat Maghayir al-Abeed dan Susiya, berdekatan bandar Yatta di selatan al-Khalil.

Pasukan tentera menggempur al-Fakheet dan memusnahkan sebuah kemah yang didiami oleh Jamil Mahmoud al-‘Amour bersama empat ahli keluarganya, kemudian merampas kemah tersebut bersama peralatan pembinaan.

Mereka turut menyerbu perkampungan Khirbat Maghayir al-Abeed dan memusnahkan kemah milik keluarga Salah Shehada Makhamra.

Tentera Zionis kemudian menceroboh masuk perkampungan Susiya di timur Yatta, dan meroboh serta merampas kemah kediaman milik keluarga Ahmad Jabr Hammad.

Semalam, tentera Zionis merampas tiga buah pam air untuk kegunaan pertanian di bandar Beit Ummar, utara al-Khalil.

(IMEMC, Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts