Tentera Zionis roboh lapan buah rumah di al-Khalil

AL-KHALIL, 16 Ogos 2016 (WB) — Tentera Zionis pagi tadi menceroboh masuk bandar Sa’ir di timur laut al-Khalil dan memusnahkan lapan buah rumah dan beberapa buah telaga air milik penduduk Palestin.

Tentera mengepung bandar Sa’ir dan mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai zon larangan tentera sebelum memaksa penduduk mengosongkan rumah terbabit. 55 ahli keluarga, termasuk 27 kanak-kanak, kini tidak mempunyai tempat berteduh.

Zionis mendakwa lapan rumah tersebut dibina dan Kawasan C tanpa permit.

Susulan Perjanjian Oslo II pada tahun 1995,Tebing Barat dibahagi kepada tiga kawasan A, B dan C.

Kawasan A dikawal dan ditadbir oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan hanya merangkumi 18% keluasan Tebing Barat.

Manakala Kawasan B merupakan 21% daripada wilayah Tebing Barat yang ditadbir oleh PA tetapi dikawal oleh tentera Zionis.

Kawasan C adalah 61% daripada wilayah Tebing Barat yang ditadbir dan dikawal sepenuhnya oleh rejim penjajah. Semua projek atau pembinaan di kawasan ini perlu mendapat kelulusan atau permit dari rejim Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts