Tentera Zionis roboh masjid di Gurun Naqab

GURUN NAQAB, 6 Jan (IMEMC) — Tentera penjajah Zionis hari ini merobohkan masjid di sebuah perkampungan Rakhama di Gurun Naqab.

Rakhama merupakan salah satu daripada 40 perkampungan asal Arab Badwi di Gurun Naqab yang tidak diiktiraf oleh rejim penjajah, yang secara keseluruhan menjadi tempat tinggal kepada 90,000 orang Palestin. Sungguhpun kawasan tersebut tidak mendapat sebarang khidmat awam atau kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik, penduduknya tetap dikenakan membayar cukai.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts