Tentera Zionis roboh rumah Ashraf Na’alweh

TULKAREM, 17 Dis 2018 — Tentera penjajah Zionis awal pagi tadi mula meroboh rumah keluarga syahid Ashraf Na’alweh di Tulkarem, utara Tebing Barat.

Gerombolan tentera yang lengkap dengan jentolak menyerbu perkampungan Shweika di Tulkarem dan mengepung rumah keluarga Na’alweh dan mula meroboh tingkat pertama rumah tersebut.

Pertempuran tercetus di kawasan sekitar rumah, di mana tentera Zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru getah ke arah penduduk dan jurnalis.

Seramai empat penduduk cedera sesak nafas manakala seorang lagi terkena tembakan peluru getah. Tiga daripada mereka dikejarkan ke Hospital Thabet Thabet. Sementara tiga pemuda Palestin diculik oleh tentera Zionis.

Rejim Zionis memutuskan untuk meroboh tingkat pertama dan kedua bangunan rumah Na’alweh dan membiarkan tingkat ketiga. Rumah di tingkat ketiga dihuni oleh abang Ashraf, Amjad. Beliau dikurung dalam penjara Zionis sejak lebih dua bulan lalu.

Ibubapa dan abang Ashraf ditahan oleh rejim Zionis selama kira-kira dua bulan.

Ashraf Na’alweh, 23, ditembak mati Khamis minggu lalu di kem pelarian Askar, timur Nablus. Beliau menembak pendatang Yahudi di zon industri Barkan, dalam kawasan penempatan haram Ariel, pada 7 Oktober lalu, menyebabkan dua pendatang Yahudi mati dan seorang lagi cedera.

Ashraf berjaya lolos dari tempat kejadian, dan diburu dalam operasi besar-besaran tentera Zionis selama 67 hari.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts